. hari ni xnak melukis..sebab sekarang selalu sibuk je. buat tu buat ni, (emmm..kalau sibuk sangat kenapa ade mase pulak nak layan anime ye .....mweehehehhe) aku membesar dengan persekitaran komik,anime, .....masa budak2 ,minat anime untuk budak2.bila dah besar tukar genre untuk orang dewasa pulak. dan ibu bapa sila perhatikan anak anda.( wow ibu bapa! ade ke ibu bapa nak godek blog ni..x pasti la, ada kot. jarang.blog lain mungkin ya.blog ni x kot..bwahahahha.) walaupun definisi anime bagi anda adalah sama macam watak animasi disney atau upin dan ipin , cici dan caca, tapi tidak bagi golongan seperti kami. anime pun ada yang rated r jugak. macam movie hollywood. Banyak genre : cth, seram, matang, slice of life, kelakar, romantika de amor, dewasa, note : anime = animasi dari jepun. ok sekarang cerita pasal anime dan aku . aku memang kurang minat dengan anime yang da jadi trending. yang popular. memang kurang minat. entah x seronok. macam naruto, one piece, bleach. memang aku tak ikuti perkembangan diorang. bukan anime die x best. tapi aku cepat muak. sebab orang selalu bercerita. aku suka anime yang orang kurang amik port tapi sebenarnya best. best la bagi aku. bagi orang lain aku tak tahu la pulak. sekarang tengah dok layan Sakurako san no Ashimoto ni wa Shitai ga Umatteiru maksud die "A Corpse is Buried Under Sakurako's Feet" tapi boleh jugak cari under nama Beautiful Bones. (buat aku teringat cerita the lovely bones). Sinopsis: mengenai seorang budak lelaki sekolah menengah yang bernama shoutaro bertemu dengan sakurako iaitu seorang perempuan yang pakar mengenai tulang. Shoutaro ni selalu teman Sakurako cari tulang binatang . Tapi selalunya mereka bukan jumpa tulang binatang akan tetapi tulang manusia. Dan bermulalah siri penyiasatan ......... p/s: aku ni lembab ubi sikit. lepas tengok cerita ni baru aku tau airmata ni pun darah jugak cuma tak ade plasma je... lain2 anime aku suka tengok ialah tokyo ghoul (sebab die cerita mengenai kedua-dua belah pihak ).
eyeshield 21 (buat aku rasa adrenaline rush Ya-Haaaa!) deadman wonderland ( manga die aku baca sampai habis. memang umphh! )
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorDrawing.eating. Recent Post |