Seorang kenalan lelaki pernah menggelarkan saya "She Wolf'..Saya tidak begitu ambil pusing. Selepas berbulan lamanya saya mula bertanya kepada Mr.Know it All 'google'..Apa itu 'She Wolf' dan dari situ saya tersesat di sebuah laman web 'The Alpha Woman Meet Her Match'. Pemiliknya bernama Dr. Rhodes' .Laman web itu menyediakan satu quiz. (Sebahagian diri saya agak suka quiz walaupun kadang-kadang saya rasa jawapan quiz sangat mengarut. Kebanyakan memberi jawapan untuk sedapkan hati.) Apa pun quiz yang disediakan laman web ini akan tunjukkan kepada kamu samada kamu mempunyai ciri Alpha Female atau tidak. Saya menjawab sekali lalu sebab soalannya agak ringkas dan saya tidak suka berfikir terlalu banyak.(ada 100 soalan. Yang sangat ringkas) APA ITU ALPHA FEMALE? DAN 6 TANDA KAMU SEDANG MEMILIKI ALPHA FEMALE DI SEBELAH KAMU Bagi saya gelaran Alpha Female sesuatu yang jarang. Ya, perempuan ada dimana-mana. Tetapi untuk kamu digelar Alpha Female saya berikan tepukan untuk kamu. Perempuan: Adakah kamu mempunyai ciri-ciri Alpha female? dan Lelaki: Adakah kamu memilikinya sekarang?Jika ya, saya berikan tepukan juga untuk kamu. Kerana menjaga mereka kadang kala sesuatu yang agak sukar. Alpha Female bukanlah sesuatu yang kamu gelarkan diri kamu. Tetapi ia adalah apa yang orang gelarkan kepada kamu. Sama seperti kamu berkata "saya adalah seorang ketua" dengan "Dia benar-benar adalah seorang ketua". Siapa sahaja boleh berkata dia seorang ketua, tetapi hakikatnya pemenang sebenar adalah apabila dia tidak perlu bercakap tetapi semua orang mengakuinya. Baiklah mari kita lihat ciri-ciri Alpha Female: Siapakah yang bergelar alpha female? Baiklah saya akan beritahu kamu. Dia sentiasa di hadapan permainan. Dia seorang yang keras kepala, egois dan tidak mudah untuk kamu dekati dia. Senang cakap kamu sanggup berhabis duit untuk orang seperti dia. Bunyinya seperti perempuan yang menjengkelkan bukan? Mungkin, tapi bila ia berkenaan dirinya kamu hanya akan rasa semua perkara itulah yang membuatkan dia nampak lebih menarik dan seksi. Mereka yang bergelar Alpha Female mempunyai kebolehan luar biasa untuk membuatkan lelaki terkejar-kejarkan mereka. Mereka bukan perempuan gedik yang perasan cantik. Bila bab memikat, ia adalah sangat sukar untuk mendekati mereka. Dan jika kamu dapat dekat dengannya, mungkin kerana dia mengakui kamu atau dia cuma mahu jadikan kamu satu bahan eksperimen. Lelaki: Bagaimana ingin tahu jika si gadis yang kamu kejar sebenarnya adalah Alpha Female? Satu perkara yang kamu selalu kena ingat apabila kamu keluar dengan orang jenis ini adalah, kamu perlu berlagak tenang. Sebab, Alpha female seorang yang sangat cepat tangkap kalau seseorang itu takut dengan mereka. Kamu tentu tidak mahu jadi bahan eksperimen bukan? Jadi, samada kamu jauhi mereka atau cuba nasib untuk diakui oleh mereka. Baiklah, apakah tanda-tanda yang kamu sedang memikat orang jenis ini? 1. Dia langsung tidak rasa apa-apa bila kamu lakukan sesuatu yang romantik Kenapa? Sebab mereka sudah biasa dengan perangai lelaki. Hadiah 'cliche' seperti bunga atau chocolate, kamu jangan harap untuk dapat pandangan dia ataupun mungkin dia terima, tetapi dia cuma rasa ia sesuatu yang biasa sahaja. Mereka tidak sama macam kebanyakan perempuan. Jangkaan mereka lebih tinggi terhadap kamu. Mereka bukanlah mengharapkan hadiah mahal. Tetapi sesuatu yang original dari kamu. (Maknanya kamu kena perah otak dan berfikir di luar kotak. Jika kamu berjaya dapatkan perhatian Alpha female. Boleh dikatakan kamu berjaya jumpa kunci azimat memikat. ) Bagaimana? Buat satu personal letter, kad atau sesuatu yang seperti klip video Ainan Tasneem?(saya bukan peminat lagu jenis ini, tetapi konsep video mungkin boleh dicuba?) Kalau dia tidak suka juga? Hmm..apa boleh buat, cuba sahaja perlahan-lahan. Orang seperti mereka tidak suka lelaki yang terlalu melebih-lebih. Tenang sahaja. Lama-lama mereka tetap perasan yang kamu tidak seperti lelaki lain. Kalau tidak berjaya juga? Putus asa sahaja. 2. Dia selalu keluar dengan lelaki lain Mereka tidak suka terikat. Selalunya mereka akan keluar dengan lelaki berlainan dalam satu masa. Mereka suka jika diberi banyak pilihan. Hubungan mereka dengan kamu? Agak mesra tapi setakat itu. Kamu tidak boleh kawal mereka. Mereka cuma akan berhenti keluar dengan orang lain bila mereka yakin' everyone is rubbish but he was not'. Kamu geram? Jadi lakukan sahaja perkara sama sehingga tahap kamu akan berbincang kembali titik tolak hubungan kamu. 3. Dia seorang yang sentiasa sibuk. Busy Queen. Samada dia benar-benar seorang yang sibuk dengan kerja atau dia dengan jayanya buat kamu rasa seperti itu. Bila jadual kerja mereka padat. Mereka mengharapkan panggilan sekejap dari kamu. Tapi masalahnya adalah bila? Kadang-kadang kamu tidak dapat hubungi mereka sebab smartphone mereka dibawah timbunan kertas kerja. Dan jika tidak berjawab. Pastikan kamu miscall dua kali sebelum dia call kamu kembali. Lebih dari itu dia akan fikir ia sesuatu yang sangat urgent. Dan mungkin gunung berapi akan meletus kerana kamu mengganggu jadual kerja mereka. Ataupun..bila kamu call dan ia tidak dijawab. Mesej sahaja sesuatu yang memberikan semangat. 4. Dia suka berkongsi bil Kamu tahu kenapa? Sebab dia tidak suka perasaan yang dia sedang berhutang. Jika kamu tidak pernah belanja dia, jadi dia tidak perlu rasa terhutang budi dengan kamu. Kamu dan dia tidak ada apa-apa. 5. Dia sentiasa berkeinginan Bunyinya macam biasa dengar kan? Mereka tahu mereka akan dapat apa sahaja yang mereka mahu kerana telah terbiasa. Jika kamu terjumpa Alpha female jenis ini. Jangan terlalu mengikut kehendak mereka sehingga kamu jadi pak turut. Dan jika kamu memilih untuk berhenti sila berdoa didalam hati, yang dia bukanlah Taylor Swift. Siapa tahu kisah kamu akan di abadikan dalam hasil seni untuk tatapan satu dunia. 6.Dia merendahkan dan memperkecilkan kamu Sekiranya dia selalu merendahkan dan mempercilkan kamu dengan lawak jenaka yang agak menyakitkan hati, balas balik dengan komen yang bijaksana. Selalunya mereka tidak ambil pusing. Yang pasti Alpha female selalu mengucapkan sesuatu yang tajam. Jadi pastikan kamu tahu bagaimana untuk balas balik. Bagi saya ada dua jenis Alpha female. Satu: mereka berkata sesuatu yang tajam terhadap kamu. Kamu balas balik. Dia akan menjawab. Tertawa. She take it easy . Dua: mereka tidak berhenti mengatakan sesuatu yang agak negatif. Penuh dengan sifat merendahkan orang lain..(A jerk) Nasihat saya, sila pilih pintu keluar. Lelaki: kalau kamu mengejar Alpha Female sebabnya mungkin ada dua. Samada kamu benar-benar suka dia. Atau, ia satu kebanggaan buat kamu dapat menundukkan Alpha female. Hakikatnya, tidak kira wanita itu alpha female atau tidak, kalau kamu rasa dia langsung tidak tunjukkan sebarang minat terhadap kamu. Kamu patut tahu bila untuk berhenti dan pergi. Ataupun..jadi sahaja Alpha Male.. _miezan muyat_ credit to: Ask Men as my reference ini result yang saya dapat..apa pun, bagi saya ia cuma quiz.tak semestinya betul. quiz hanyalah untuk mengisi masa senggang. Hakikatnya saya tidak pernah percayakan jawapan quiz personaliti. Entah tidak tahulah kenapa. Tapi ia tidak bermakna saya bencikan quiz personaliti. Sebab ia seronok, dan kadang-kadang hilangkan stress. (tapi kan....kenapa tips dekat atas banyak yang saya lakukan?.tak mungkin lah kan... =='
1 Comment
azie
30/4/2015 18:28:44
Good
Reply
Leave a Reply. |
AuthorDrawing.eating. Recent Post |