Sayanglah kalau kamu berada di dalam bidang art tapi tidak ada website personal. Tapi kalau kamu terasa nak bina satu website personal apakata sebelum kamu buat website..relax dulu minda. Jalan-jalan, hirup udara segar. Duduk depan laptop. Kita buat kajian dulu. (hahahaha..habit yang susah nk tinggal..biasalah..budak bisnes. Kena rajin buat kajian). Kenapa kita perlu lihat website yang disenaraikan? Sebab..website yang kamu tengah lihat sekarang tidak akan wujud tanpa inspirasi dari mereka. Lagipun saya tak rasa ia satu benda yang terlalu membazir masa untuk kita tengok. Selain untuk rujukan, cetusan minda kreatif juga akan meletus dan membantu kita hasilkan hasil seni yang lebih menakjubkan bila kita ketandusan idea. Sebabnya..mereka bukan sekadar cantik tetapi cara penyampaian bagus, kreatif sangat menarik untuk diteroka. Jom! Tanpa buang masa mari kita tengok senarai website yang creative. Ini cuma senarai rambang. 1-Anthony Wiktor Kenapa suka? Sebab sangat simple tapi cool. Kalau kamu seorang client. Tengok website Anthony Wiktor akan buat kamu rasa yakin nak guna khidmat yg dia provide. 2. Robby Leonardi Creative. Website leonardi ni agak femes. Slalu ada dalam list website terbaik. menarik kan? macam dunia game. 3. Stephanie Pal Sangat simple. Dalam satu page kita dah boleh faham apa yang dia cuba sampaikan. Dia ni food lover. Sangat menarik. Sesuai untuk mereka yang x suka background yang sarat. 4. Everyday Carry Blog ni agak menarik. Merujuk kepada barang harian yang selalu manusia bawa. Biasanya dari barang yang kecil dan selalu kita tengok sehingga ke barang yang kita tidak sangka langsung orang akan bawa dalam kehidupan seharian. Kamu boleh submit barang harian yang kamu selalu bawa dekat blog ni. 5. Hasyanaurah Cantik. Masa jalan-jalan cari idea jumpa blog ni..Sangat cantik. Orangnya pun cantik. Blog hasyanaurah berkisar kecantikan, kehidupan, kesihatan, travel, makanan dan info. 6. Mahedine Yahia Nampak sesuatu tak? "Hello i'm mahedine yahia, a 20 years old designer from paris" . Dia pandai gunakan website sebagai peluang untuk dapat internship. Tapi website Mahedine Yahia bukanlah sekadar website sahaja. Ia bertindak sebagai portfolio dan resume. 7. Bienville Capital Management Website yang sangat simple. Mereka adalah firma penasihat dan pengurusan pelaburan. Saya selalu pergi dekat laman web pelaburan. (Business student biasala tu).Tidak kira yang dalam mahupun luar negara. Selalunya walaupun khidmat diberikan bagus tapi website memang bland. Satu lagi yang best tentang website ni..sangat mesra pengguna. Bagus untuk online user yang selalu nak cepat. 8. The House of Eyewear Paris Bila bab strategi pemasaran. Matlamat kita adalah untuk cuba sedaya upaya tunjukkan kepada semua orang apa yang kita jual. Dengan penyampaian yang kemas dan ringkas tetapi cantik. Website ini berjaya menarik perhatian. 9. Soyuz Coffee Roasting Website milik Rusia. Bahasa pun rusia juga. Tapi jangan risau ada english version. Website coffee roasting. Sangat menarik. Serius. Tidak membosankan. Dengan gambar yang menarik, cara penyampaian simple tetapi creative. 10. Hello Monday Nampak biasa sahaja? Cuba melawat dan kamu akan tahu kenapa mereka senarai pertama dalam awwward.com winner list. Sangat menarik dan interactive. 11. CUTOUT Magazine Graphic Design magazine yang popular untuk graphic designer dan juga pelajar. Art student mungkin patut luangkan masa untuk melawat page mereka. Malaysia jarang ada website art yang menarik.
Penutup Inilah apa yang saya suka bila kita buat kajian. Kita selalu akan jumpa benda cantik. Proses dia agak lembab dan result pun lambat. Tapi hasilnya buat saya berpuas hati. Jangan risau kalau ada di antara kamu yang kurang faham bahasa inggeris. Yang penting lawati website mereka dan tengok cara mereka tarik perhatian pengunjung, pelanggan. Warna yang mereka gunakan, homepage mereka. Dan kalau ada diantara kamu yang tahu website dari Malaysia yang cantik atau rasa website kamu sangat creative jangan segan untuk hubungi saya. Sebab saya suka benda yang cantik.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorDrawing.eating. Recent Post |