Kenapa kena dietkan/minify saiz gambar? Sebenarnya terpulang kepada individu itu sendiri mahu atau tidak. Tetapi sesetengah orang tidak suka bila saiz gambar terlalu besar sebab nak upload lambat, beratkan telefon/laptop/ blog,website jadi lembab. (Sesetengah orang itu termasuklah miezan muyat)
Sebenarnya banyak apps percuma yang benarkan pengguna kecilkan saiz gambar tapi masih mengekalkan kualiti gambar semaksimum yang mungkin. Sebagai contoh gambar di atas adalah selepas melalui proses minify. Ia dikurangkan sebanyak 2.7x. Memang agak memuaskan hati sebab kualiti gambar tetap seperti asal. Macam tidak ada beza. Disebabkan miezan muyat guna servis percuma, setiap hari terhad untuk 20 gambar. Okla kan? Miezan muyat bukannya photographer, cuma pelukis amatur. Untuk minify / kecilkan saiz gambar, miezan muyat download JPEGmini. (Kalau rasa mahu lakukan secara online pun boleh. ) Tapi kalau mahu minify html/css miezan muyat pergi dekat feedthebot. Selamat mencuba resipi baru! Dietkan gambar untuk sihatkan gadget seperti remaja! Cuba sekarang, dan lihat hasilnya serta merta! ^0^ joke..joke..joke
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorDrawing.eating. Recent Post |